Saturday, April 18, 2015

Langkah-langkah untuk mewujudkan persekitaran yang sihat

    Mutakhir ini, sejajar dengan pencapaian masyarakat dalam bidang ilmu komunikasi dan teknologi, pemikiran dan intelek masyarakat turut mengembangkan dengan lebih luas dan mendalam. Dalam konteks ini, masyarakat kini semakin mementingkan keadaan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa. Oleh itu, pelbagai usaha praktikal yang dilakukan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas daripada ancaman serangga perosak dan penyakit berbahaya seperti ancaman deman denggi, malaria dan tetanus.

    Untuk mewujudkan persekitaran yang sihat tidak tergantung pada seseorang individu sahaja, malah anggota daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial, bangsa dan agama。 Usaha yang mewujudkan persekitaran yang sihat adalah dengan cogan kata yang berkaitan dengan mencintai kebersihan seperti " Buang sampah ke dalam tong sampah" dan " Jangan meludah di merata-rata tempat. . Cogan kata-cogan kata tersebut boleh kita dapati di merata-rata tempat contohnya pusat membeli-belah, stesen bas dan tempat awam yang lain, tujuannya untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka menjaga kebersihan persekitaran. Dengan adanya, papan tanda yang memaparkan cogan kata mengenai kepentingan dan tanggungjawab masyarakat mewujudkan persekitaran, masyarakat akan bertindak dengan lebih proaktif dan efektif.

    Sementelahan, masyarakat harus memberikan sambutan yang hangat dalam aktiviti kitar semula yang sering diuar-uarkan oleh anggota pencinta alam yang sudah sedar akan peri pentingnya mencintai alam sekitar. Hal ini kerana amalan mulia ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan dan mengindahkan kewasan dengan barangan terbuang seperti tayar dijadikan pasu bunga, tindakan ini juga dapat mengurangkan penjanaan sampah yang dilupuskan. Dalam erti kata yang lain, amalan ini juga dapat mengurangkan longgokan sampah yang beribu-ribu tan itu. Dari dimensi yang lain, kitar semula dapat mengurangkan pencemaran. Justeru, secara tidak langsung mewujudkan persekitaran yang sihat.

    Dalam proses penyelesaian ini, pihak berkuasa misalnya Rukun Tetangga atau ahli jawatan berkuasa komuniti petempatan wajarlah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan sekali gus mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat bak kata peribahasa serampang dua mata dan sambil menyelam, minum air. Dalam pada itu, persekitaran yang sihat, bersih, selesa dan kondusif diwujudkan. Hubungan antara satu sama lain turut dipereratkan dan bertambah mesra. Persekitaran yang bersih dan suasana yang diselubungi oleh keadaan yang mesra dan meriah.

   Seterusnya, pengutipan sampah oleh pihak bertanggungjawab contohnya syarikat Alam Flora dan Majlis Pembandaran harus dititik berat. Kontraktor-kontraktor haruslah menjalankan kerja penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan. Kontraktor-kontraktor ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih. Tanpa mereka, tong sampah kita akan dipenuhi dengan sampah sarap yang bertimbun seterusnya menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan tikus. Oleh itu, pihak bertanggungjawab harus memastikan sampah sentiasa dikutip dan dihantar ke tempat pelupusan sampah untuk mewujudkan persekitaran yang bersih.

     Secara tuntasnya, kita tidak wajar menuding jari ke mana-mana pihak sahaja dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, malah tiap-tiap anggota masyarakat dari pelbagai lapisan turut memainkan peranan masing-masing. Pemimpin-pemimpin juga digalakkan untuk turun ke padang untuk menyeru rakyatnya mengambil bahagian dalam usaha yang mulia ini. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjayakan usaha-usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sihat.

Budi Bahasa

      Budi bahasa ditakrifkan sebagai pertuturan yang berhemah tinggi dan tingkah laku yang bersopan santun. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berbudi bahasa kian hari kian dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Persoalannya, apakah kepentingannya mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia.

     Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, amalan berbudi bahasa amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Bak kata pepatah " bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Rentetan daripada itu, amalan berbudi bahasa harus dipraktikkan oleh setiap anggota masyarakat.

    Berbudi bahasa juga akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang lebih beradapan dan bersopan santun. Dengan ini, masyarakat Malaysia seyogianya akur kepada nasihat peribahasa yang berbunyi " budi bahasa budaya kita".

   Seterusnya, rakyat Malaysia yang berbudi bahasa akan menukarkan pandangan pelancong asing terhadap Malaysia sekali gus meningkatkan industri pelancongan negara kita. Tambahan pula, amalan berbudi bahasa juga akan menurunkan kadar pengangguran dan seterusnya, memajukan ekonomi negara.

    Amalan berbudi bahasa haruslah dididik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh,melalui pendidikan Moral dan Sivik dan Kewarganegaraan. Kita boleh melahirkan pemimpin yang berdedikasi serta negara maju. Dengan itu, negara kita boleh giat di persada dunia.

   Konklusinya, semua masyarakat tidak patut menuding jari ke mana-mana pihak sahaja, sebaliknya menggembleng tenaga untuk menanam sifat budi bahasa dalam kalangan masyarakat supaya kita boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saturday, February 7, 2015

A Prominent Malaysian Leader - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

 
 
A Prominent Malaysian Leader

           As the fourth and most dynamic Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad will indelible impression on the sands of Malaysia for many years to come. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia.
 
Born on 20th December, 1925 in Alor Setar, Dr. Mahathir is the son of a teacher. He is the youngest of nine children of a school teacher and a housewife. His father, Mohamad Iskandar, was of Indian descent, being the son of a Muslim and a Malay mother, while Mahathir's own mother, Datin Wan Tempawan Wan Hanafi, was Malay. He is married to Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, they have seven children, four sons and three daughters. From an early age, Tun Mahathir had the importance of education drummed into him by his father, who was also a strict disciplinarian.
 
           After his early education at the Maktab Sultan Abdul Hamid in Alor Setar, he enrolled at the King Edward VII College of Medicine in the University of Singapore. Armed with a MBBS degree in medicine, he set up his own clinic, the Maha Clinic in Alor Setar. As a doctor, Tun Mahathir came into close contact with people from variety of social strata and enjoyed a close rapport with them. He understood their problems. Thus, when he was thrust into the politics limelight, he strove to fulfil the needs of the people.


          He was first catapulted into the world of politics when he became the Member of Parliament for Alor Setar in 1964. After holding a number of portfolios, including Minister of Education, Minister of Trade and  Industry and Deputy Prime Minister, he finally became the Prime Minister on 16th July, 1981. The country flourished with Dr. Mahathir at the helm of the government. His contributions to the nation are so immense and par excellence. He has left his mark in every aspect – in politics, economy or education.
 
          Realizing that government-owned enterprises are neither efficient nor profitable, he initiated the privation policy in 1983. This had immediate effect of cutting down bureaucratic ineptitude and operational cost while at the same time generating more revenue.
 
         With collapse of the prices of agricultural commodities in the eighties, Tun Mahathir decided that it was time to shift the nation’s focus to more profitable areas. Thus, he started the industrialization programme. Reputed as the country’s top salesman, he showcased Malaysia to investors abroad in a bid to woo them.  As a result of the heavy industrialization drive, major projects like national car project or PROTON and the steel company, PERWAJA, together with other mega project were launched one after another. Next, realizing that industrialization would require a good infrastructure, he set about improving it. The Mahathir era saw a successful completion of the North-South Highway, the East-West Highway, the Multimedia Super Corridor, the Kuala Lumpur International Airport in Sepang and many more.

        An astute politician, he charted the growth of the country’s progress from the day he took office. He envisages that Malaysia can only attain the status of a fully developed country if it becomes an industrialization one and this ambition has been his main agenda during his tenure. With this in mind, he announced Vision 2020, his most ambitious vision.

        Frank and outspoken by nature, Tun Mahathir speak without fear nor favour. This has been the hallmark of thus much respected statesman. The inefficiency of local and international organizations has always come under his scrutiny and criticism.

      It has been almost two decades since Tun Mahathir took over reins of the government. It has undoubtedly been the golden era for Malaysia with many notable achievements.

Tsunami

This essay was shared by my beloved English teacher during her lesson which was wrote by a student of hers.
 
 
  My eyes gazed the beach as my feet touched the golden sand. I stared at the coconut trees that were swaying to the gentle sea breeze. The cool breeze caressed my face. Further down the beach, a group of people were enjoying themselves playing handball. The smiles on their faces were as bright as the sunlight that stone on my skin. Tourists were sunbathing while the locals were having a blast in the cool sea water . I was laying under a shady tree and staring at the clear blue skies high above me. I closed my eye to the soothing sound of the lashing  sea waves. Everything was so peaceful and serene. What could ever go wrong ?


  Suddenly, my thoughts were disrupted by a distant scream. I rose up and I saw people running towards me as though they were being chased by a pack of wolves. While running, they were screaming. It soon became clear. “Tsunami ! Run for your life !” The word paralyzed me and I was rooted to the ground for a split second. Then, I could hear my brain telling me. “ Save yourself”, “NOW !” Like the speed of light, I ran as fast as my legs could take me. I stared out at the sea again and I could not believe my eyes. A wave as tall as skyscrapers appeared in the distant horizon. It was moving rapidly towards the store  will  this be the end of me ?


  Time is running out for me. If I don’t act fast, it will definitely be the end of me. I remember the words, “ God does not help those who do not help themselves.” Rather than wait for death to envelope me, I chose to do  what a wise will do. I tried to find the tallest coconut tree around . I found that potential tree and climbed as it as fast as I could. I reached the top of the tree just in the nick time. A wave that had snowballed to 10 times its original sizes hit the coast. The huge wave uprooted many trees in front of me. Amazingly my tree shook violently but did not share the fate of its friends. I was both dazzled and awed by the strength of the mighty water. How small we are against  the power of the Lord. Even the most developed nation is powerless before the might of nature.


  Fear and panic gripped me as I clung on to the tree. I could hear screams and the swish of water as it swallowed everyone and everything standing in its path. I hugged the tree while praying desperately. I waited for what seemed like hours. The whole village was covered by water. In a blink of an eye the place was transformed into a huge lake. I am lucky because the tree I climbed was strong enough to withstand the massive wave. Thoughts of my wife and children back home in Petaling Jaya come racing to my mind. Will I be able to see them again? I had bid farewell to them just two days ago since I had  promised to bring gifts for my dear children. The hotel I stayed in was by the beach. I had come to the beach to relax for a while. Little did I expect things to turn out this way.


  Time is passing. My hands are acting. I am losing hope. I hear a swirling sound. Could it be another wave? It was a helicopter hovering above me. What a relief !  Help had come in form of this search and rescue team. It airlifted me swiftly as tears of joy filled my eyes. I am jubilant and amazed at the turn of events. Words cannot describe my gratitude. I am now in safe hands.


 

A Horror and Tragic Story

A Horror / Tragic Story
by Jun Li


I opened the door, to my horror, a few skeletons lay there, chained on the wall.

Okay, time to recap. I and my friends, Jack and Peter, were playing around an old, abandoned mansion. We were told that no one was allowed to enter. However, curiosity overcame us and we picked the lock, granting us entrance into the sacred lair of the unknown.
At the sight of the skeletons, the three of us were completely stunned. Our jaw hung wide open for a few minutes before we came back to our senses. My sixth sense told me that something was about to go wrong, so I urged the other two to back out of the mansion.

“Don’t be such a chicken,” said Jack, with a shaky voice.

“Aren’t you scared too?” I challenged him.
“Yes, but we might never get the chance to explore here again if we leave now.”
“…All right, but we leave as soon as the first sign of danger shows.”

We ventured deeper into the mansion. The design looked like some sort of torture room, or a prison. Even though I was afraid, I was eager to discover more. Throughout the lair, we did not lose sight of skeletons or spider webs. These were at every corner, at every turn. The occasional howls from a distance made the hair on our backs stand up straight. We finally arrived at a long hallway. Jack picked up a piece of wood and lighted it up with his lighter. The flame seared at first, but after it simmered down, I was able to see the walls clearly. There were ancient writings, the kind we usually see in an Egyptian grave robber movie. As the expert in history, Jack tried his best to decipher the carvings. Meanwhile, Peter leaned towards the wall to catch his breath. At that very moment, a cold chill went down my spine.
“Watch out!” I shouted.

Before he could react, that portion of the wall he was leaning against flipped, trapping him on the other side. All he could let out was a loud shriek and he vanished behind the walls. I pounded against the wall, shouting his name. Only then did I know what real terror felt like. However, the chance of rescuing him was bleak. I sank to the ground, desolated and hopeless.

“Let’s get out of here, we have to inform the adults!” suggested Jack.

I got to my feet swiftly and both of us sped through the building. My heart was racing. I knew that danger may be waiting at the next corner. I could hear blood pounding in my ears. Wait, was that a creak I heard? “Uh-oh,” I thought to myself. The ceiling began to crumble. My sub-consciousness took over. I sprang forward and tackled Jack. Both of us fell to the ground. Just as I thought that trouble was out of the way, the burning piece of wood slipped out of his hand and landed in a pile of grease. Fire started spreading like mad. I struggled to get up.

“Come on, there’s not much time left!” I screamed as I turned towards the exit.

“Aahhhhhhhhhhhhhhhhh!”
In a split second, my head turned 180 degrees. A gigantic marble pillar fell on Jack. I mustered all the strength from every single cell in my body, trying to lift it up, to no avail. My eyes were watery. I was completely out of ideas.

“Save yourself, leave me, please,” muttered Jack, with a weak tone.

This was certainly a tough decision for me. All the moments we had spent together flashed through my mind. How could I leave him now? As the fire was close to sealing my only exit, I knew that I had to be rational. I dived for my escape route.

Tears rolled down my cheeks as the mansion erupted into flames behind me.


Pollution

SPM ENGLISH PAPER 1 - CONTINUOUS WRITING

( not by me... but it is a good essay that worth to have a read. )

POLLUTION

   Pollution is an issue of concern in the modern world that we live in today. There are many types of pollution, namely air, water and noise. Pollution in our environment will undoubtedly affect our quality of life. Our naturally beautiful word becoming ugly because it is suffering from the effects of environmental pollution. Pollution can also cause various health problems and other negative effects.

   Air pollution is caused by the emission of toxic gasses from vehicles, factories and open burning. Nowadays, there are more and more vehicles on the road as society gets more affluent. More and more people strive to have a better quality of life by having the convenience of driving to their destinations instead of taking public transportation. Automobiles provides transport to millions people around the world to enable them to travel their workplace, school and other place, therefore the air around us is getting more polluted by carbon dioxide and carbon monoxide that are emitted. Carbon monoxide is another type of gas which harmful to the environment as it can cause the reduction of oxygen in the bloodstream.

   Another example of contributor of air pollution is the manufacturing factories. The manufacturing of products in factories to meet the growing demand of society is also causing air pollution. Factories release toxic gasses to the environment. Some factories also use coal to generate heat and energy. As a result from the burning of coal, carbon dioxide is released into the environment.

   Besides factories, many people are still practising open burning as a way of disposing their household wastes. Although burning our household wastes is a convenient way of getting rid of our rubbish, it is harmful to the environment as it contributes to the worsening of the air quality. As a result, air pollution causes people to suffer from health problems such as chest pain and asthma. In extreme cases, people can contract lung cancer.

    Water pollution is also a problem that we are currently facing. The marine life is the first to suffer from water pollution as they depend on the nutrients in the water to survive. As a consequence, we are robbed of beautiful sea corals and unique species of fishes.  Besides ruining our marine heritage, the disappearance of marine life will affect the livelihood of fisherman, not to mention our source of food. Water pollution is caused by harmful wastes from industries, farms and sewerage systems which are dumped into our sources of water such as rivers and lakes. This irresponsible act contaminates our drinking water and can cause serious health problems and can even culminate in death.

   Noise pollution is another form of pollution. Noise from heavy machinery and vehicles can cause hearing problems and in severe cases, deafness. As there is growing number of vehicles on the road, we are exposed to noise pollution every day. The government in advanced countries encourage their citizens to take the public buses and trains by providing an affordable and efficient transportation system. This effort discourages people from driving their private vehicles and consequently reduces the number of vehicles on the road.

   As conclusion, we must work together to reduce pollution so that the future generations can live in a healthy, unpolluted environment. As the saying goes, precaution is better than cure. Lets hands on hands together by recycle and conserve the world for better future. Treat the Earth well, it was not given to you by you parents, it was loaned to you by your children. We do not inherit the Earth from our ancestors, we borrow it from our children. 

Friday, February 6, 2015

Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari

Bahasa Malaysia SPM Kertas 1


Bahagian B


Cara­-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari

         "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-­kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumber kayu-­kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber- ­sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.


        Program kitar semula memainkan peranan yang signifikan dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat- ­hangat tahi ayam. Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.     


      Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh­-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telah menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sesungguhnya penemuan ini masih baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak, namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.     


     Bukan itu sahaja, langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-­mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang­-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-­pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi.


      Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-­undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini sekiranya hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan terdapat segelintir masyarakat yang sanggup membayar denda akibat mencemarkan alam sekitar kerana mereka berpendapat denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar.       


      Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid­-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemai kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.       


      Seandainya kita lihat dari perspektif yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat menggantikan pokok­-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-­masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.       


Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-­langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-­alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan komitmen semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara dengan diselimuti kehijauan alam sekitar.  

 

Thursday, February 5, 2015

Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar

Bahasa Malaysia SPM Kertas 1


Bahagian A


Langkah- langkah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.


    Saban hari, kita disuapkan dengan berita yang berkaitan dengan isu alam sekitar. Sebagai contoh, pencemaran air,udara dan darat yang semakin terjadi-jadi dan bencana alam yang kerap kali berlaku pada akhir-akhir ini. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Oleh itu, sebagai penghunimya, kita wajarlah menjaganya dengan baik. Sejajar dengan pembangunan yang pesat dan moden, masyarakat telah mengorbankan alam sekitar demi kepentingan mereka. Masyarakat semakin alpa terhadap tanggungjawab yang digalas untuk menjaga alam sekitar. Persoalan ini harus dokupas ke akar umbi untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pelbagai usaha yang dapat dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.


   Masalah pencemaran yang semakin berleluasa mutakhir ini ekoran daripada kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO )  seperti Kelab LEO dan Persatuan Pencinta Alam wajarlah mengadakan “ Kempen Cintai Alam Sekitar “, “Kempen Bumi hanya Satu” dan “ Earth Hour”. Dengan adanya kempen tersebut, kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dapat dipupuk. Secara tidak langsung, keperluannya memelihara dan memulihara alam sekitar tersemat dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Ikon-ikon pencinta alam dan slogan turut dapat menyemarakkan kesedaran individu yang menyertai kempen. Dalam konteks ini, penganjuran kempen hendaklah secara berterusan bukanlah seperti hangat-hangat tahi ayam dan melepaskan batuk di tangga. Dengan penganjuran kempen yang berterusan, nescaya kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar.


   Seterusnya, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan yang signifikan dalam persoalan ini. Kepentingan penjagaan alam sekitar haruslah dijadikan isu yang diberi keutamaan selain akademik. Institusi pendidikan digalakkan untuk mengadakan progam bergotong royong tiga kali setahun. Selain itu, pertandingan kebersihan antara kelas juga harus dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar terhadap penjagaan alam sekitar.  Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah mewujudkan taman botani dalam sekolah yang dapat melibatkan semua warga sekolah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pendidik pula haruslah menjadi suri teladan yang baik kepada para pelajar. Seandainya guru sendiri bersikap acuh tidak acuh terhadap persoalan ini, murid turut akan mencontohi perbuatan gurunya. Senario ini persis guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Dengan titik peluh yang diusahakan, nescaya pendidikan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar.


    Setiap penyakit ada pengubatnya. Untuk menangani masalah sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab, penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu jalan penyelesaiannya. Ketakutan terhadap hukuman dan denda merupakan sifat semula jadi setiap manusia. Oleh itu, kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang yang sedia ada untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Kerajaan harus menjatuhkan hukuman yang berat dan denda terhadap sesiapa yang didapati bersalah di sisi undang-undang dan terhadap mereka yang memandang enteng akan penguatkuasaan undang-undang dalam isu alam sekitar terutamanya kes-kes pembalakan dan pemburuan haiwan liar secara haram. Di samping itu, kerajaan perlukah menguatkuasakan Akta Alam Sekitar 508 yang mewajibkan setiap kilang untuk memasang alat penapisan asap yang dilepaskan. Sekiranya kerajaan turut turun padang dalam mengatasi kemelut ini, nescaya masyarakat turut akan mengetengahkan isu alam sekitar. Dengan ini, kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dapat ditingkatkan.

    Kesimpulannya, usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar tidak bergantung kepada sesetengah pihak sahaja. Oleh itu, anggota masyarakat daripada semua lapisan haruslah menggembleng tenaga untuk menjayakan misi yang mulia ini. Semua pihak harus berganding bahu  untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Bak peribahasa yang berbunyi bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.