Budi bahasa ditakrifkan sebagai pertuturan yang berhemah tinggi dan tingkah laku yang bersopan santun. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berbudi bahasa kian hari kian dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Persoalannya, apakah kepentingannya mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia.
Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, amalan berbudi bahasa amat penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Bak kata pepatah " bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Rentetan daripada itu, amalan berbudi bahasa harus dipraktikkan oleh setiap anggota masyarakat.
Berbudi bahasa juga akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang lebih beradapan dan bersopan santun. Dengan ini, masyarakat Malaysia seyogianya akur kepada nasihat peribahasa yang berbunyi " budi bahasa budaya kita".
Seterusnya, rakyat Malaysia yang berbudi bahasa akan menukarkan pandangan pelancong asing terhadap Malaysia sekali gus meningkatkan industri pelancongan negara kita. Tambahan pula, amalan berbudi bahasa juga akan menurunkan kadar pengangguran dan seterusnya, memajukan ekonomi negara.
Amalan berbudi bahasa haruslah dididik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh,melalui pendidikan Moral dan Sivik dan Kewarganegaraan. Kita boleh melahirkan pemimpin yang berdedikasi serta negara maju. Dengan itu, negara kita boleh giat di persada dunia.
Konklusinya, semua masyarakat tidak patut menuding jari ke mana-mana pihak sahaja, sebaliknya menggembleng tenaga untuk menanam sifat budi bahasa dalam kalangan masyarakat supaya kita boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment