Mutakhir ini, sejajar dengan pencapaian masyarakat dalam bidang ilmu komunikasi dan teknologi, pemikiran dan intelek masyarakat turut mengembangkan dengan lebih luas dan mendalam. Dalam konteks ini, masyarakat kini semakin mementingkan keadaan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa. Oleh itu, pelbagai usaha praktikal yang dilakukan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas daripada ancaman serangga perosak dan penyakit berbahaya seperti ancaman deman denggi, malaria dan tetanus.
Untuk mewujudkan persekitaran yang sihat tidak tergantung pada seseorang individu sahaja, malah anggota daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial, bangsa dan agama。 Usaha yang mewujudkan persekitaran yang sihat adalah dengan cogan kata yang berkaitan dengan mencintai kebersihan seperti " Buang sampah ke dalam tong sampah" dan " Jangan meludah di merata-rata tempat. . Cogan kata-cogan kata tersebut boleh kita dapati di merata-rata tempat contohnya pusat membeli-belah, stesen bas dan tempat awam yang lain, tujuannya untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka menjaga kebersihan persekitaran. Dengan adanya, papan tanda yang memaparkan cogan kata mengenai kepentingan dan tanggungjawab masyarakat mewujudkan persekitaran, masyarakat akan bertindak dengan lebih proaktif dan efektif.
Sementelahan, masyarakat harus memberikan sambutan yang hangat dalam aktiviti kitar semula yang sering diuar-uarkan oleh anggota pencinta alam yang sudah sedar akan peri pentingnya mencintai alam sekitar. Hal ini kerana amalan mulia ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan dan mengindahkan kewasan dengan barangan terbuang seperti tayar dijadikan pasu bunga, tindakan ini juga dapat mengurangkan penjanaan sampah yang dilupuskan. Dalam erti kata yang lain, amalan ini juga dapat mengurangkan longgokan sampah yang beribu-ribu tan itu. Dari dimensi yang lain, kitar semula dapat mengurangkan pencemaran. Justeru, secara tidak langsung mewujudkan persekitaran yang sihat.
Dalam proses penyelesaian ini, pihak berkuasa misalnya Rukun Tetangga atau ahli jawatan berkuasa komuniti petempatan wajarlah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan sekali gus mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat bak kata peribahasa serampang dua mata dan sambil menyelam, minum air. Dalam pada itu, persekitaran yang sihat, bersih, selesa dan kondusif diwujudkan. Hubungan antara satu sama lain turut dipereratkan dan bertambah mesra. Persekitaran yang bersih dan suasana yang diselubungi oleh keadaan yang mesra dan meriah.
Seterusnya, pengutipan sampah oleh pihak bertanggungjawab contohnya syarikat Alam Flora dan Majlis Pembandaran harus dititik berat. Kontraktor-kontraktor haruslah menjalankan kerja penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan. Kontraktor-kontraktor ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih. Tanpa mereka, tong sampah kita akan dipenuhi dengan sampah sarap yang bertimbun seterusnya menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan tikus. Oleh itu, pihak bertanggungjawab harus memastikan sampah sentiasa dikutip dan dihantar ke tempat pelupusan sampah untuk mewujudkan persekitaran yang bersih.
Secara tuntasnya, kita tidak wajar menuding jari ke mana-mana pihak sahaja dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, malah tiap-tiap anggota masyarakat dari pelbagai lapisan turut memainkan peranan masing-masing. Pemimpin-pemimpin juga digalakkan untuk turun ke padang untuk menyeru rakyatnya mengambil bahagian dalam usaha yang mulia ini. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjayakan usaha-usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sihat.
No comments:
Post a Comment