Bahasa Malaysia SPM Kertas 1
Bahagian A
Langkah- langkah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Saban hari, kita disuapkan dengan berita yang berkaitan dengan isu alam sekitar. Sebagai contoh, pencemaran air,udara dan darat yang semakin terjadi-jadi dan bencana alam yang kerap kali berlaku pada akhir-akhir ini. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Oleh itu, sebagai penghunimya, kita wajarlah menjaganya dengan baik. Sejajar dengan pembangunan yang pesat dan moden, masyarakat telah mengorbankan alam sekitar demi kepentingan mereka. Masyarakat semakin alpa terhadap tanggungjawab yang digalas untuk menjaga alam sekitar. Persoalan ini harus dokupas ke akar umbi untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pelbagai usaha yang dapat dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Masalah pencemaran yang semakin berleluasa mutakhir ini ekoran daripada kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) seperti Kelab LEO dan Persatuan Pencinta Alam wajarlah mengadakan “ Kempen Cintai Alam Sekitar “, “Kempen Bumi hanya Satu” dan “ Earth Hour”. Dengan adanya kempen tersebut, kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dapat dipupuk. Secara tidak langsung, keperluannya memelihara dan memulihara alam sekitar tersemat dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Ikon-ikon pencinta alam dan slogan turut dapat menyemarakkan kesedaran individu yang menyertai kempen. Dalam konteks ini, penganjuran kempen hendaklah secara berterusan bukanlah seperti hangat-hangat tahi ayam dan melepaskan batuk di tangga. Dengan penganjuran kempen yang berterusan, nescaya kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar.
Seterusnya, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan yang signifikan dalam persoalan ini. Kepentingan penjagaan alam sekitar haruslah dijadikan isu yang diberi keutamaan selain akademik. Institusi pendidikan digalakkan untuk mengadakan progam bergotong royong tiga kali setahun. Selain itu, pertandingan kebersihan antara kelas juga harus dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar terhadap penjagaan alam sekitar. Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah mewujudkan taman botani dalam sekolah yang dapat melibatkan semua warga sekolah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pendidik pula haruslah menjadi suri teladan yang baik kepada para pelajar. Seandainya guru sendiri bersikap acuh tidak acuh terhadap persoalan ini, murid turut akan mencontohi perbuatan gurunya. Senario ini persis guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Dengan titik peluh yang diusahakan, nescaya pendidikan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar.
Setiap penyakit ada pengubatnya. Untuk menangani masalah sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab, penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu jalan penyelesaiannya. Ketakutan terhadap hukuman dan denda merupakan sifat semula jadi setiap manusia. Oleh itu, kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang yang sedia ada untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Kerajaan harus menjatuhkan hukuman yang berat dan denda terhadap sesiapa yang didapati bersalah di sisi undang-undang dan terhadap mereka yang memandang enteng akan penguatkuasaan undang-undang dalam isu alam sekitar terutamanya kes-kes pembalakan dan pemburuan haiwan liar secara haram. Di samping itu, kerajaan perlukah menguatkuasakan Akta Alam Sekitar 508 yang mewajibkan setiap kilang untuk memasang alat penapisan asap yang dilepaskan. Sekiranya kerajaan turut turun padang dalam mengatasi kemelut ini, nescaya masyarakat turut akan mengetengahkan isu alam sekitar. Dengan ini, kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar tidak bergantung kepada sesetengah pihak sahaja. Oleh itu, anggota masyarakat daripada semua lapisan haruslah menggembleng tenaga untuk menjayakan misi yang mulia ini. Semua pihak harus berganding bahu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Bak peribahasa yang berbunyi bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
wow thank you atas info yang deberikan
ReplyDeletedaebakkkkk
Delete